Assalamu'alaikum. Hai. So, kat sini nak cerita la tentang pengalaman aku selama sebulah berapa hari jadi designer. Lepas je last day aku jadi security guard di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Terus balik Kedah. Dan terus start kerja. Serius penat, tak sempat nak rehat terus masuk kerja kan.
Aku pun pergi la ke tempat kerja baru aku. Memula tu aku agak pening, dan sampai sekarang masih pening sebab aku tak pandai nak susun. Sebab kejap orang ni urgent, orang tu urgent. So quite messy.
Sebelum aku huraikan dapatan aku. Job scopes aku merangkumi :-
- design banner, sticker, kad bisnes, sign board dan segala apa yang perlukan design lah
- ambil order daripada customer
- reply chat customer
- ambil payment, buat resit kalau perlu
- buat invois, quotation kalau perlu
So aku taktau la, exact jawatan aku apa? Sebab kedai printing tu aku sorang ja pekerja luar yg terus-terusan di situ, yang lain semua diurus oleh keluarga Pak Tam. (Pak Tam ni kira boss aku la)
Okay. So lepas aku start kerja kat situ.
Pertama, aku belajar nak guna Adobe Illustrator dan Photoshop semula. Tapi macam tak stabil. Entahlah. Banyak benda yang aku belajar balik. Aku guna Canva juga untuk design yang simple. Since aku tak mahir gunakan Canva juga. So, aku takdalah utilize Canva 100%. Untuk aplikasi Corel Draw aku ada cuba juga tapi agak kekok, sebab aku tak biasa. Kebanyakan design, aku guna Canva dan AI.
Kedua, aku realise yang kerja designer ni agak rumit, perlu kreatif dan inovatif, selain kita perlukan skills lah en. Banyak design aku yang agak buruk kat mata aku. Maybe sebab taste aku acah aesthetic tapi design tak. Design bergantung kepada benda apa, tujuan apa design tu. Perspektif, ruang dan segala perkara kena titik berat, whew aku agak lemah. Pemilihan warna setakat ni okay lagi. Itu belum masuk nak cari gambar dan illustrasi lagi. Kadang aku rasa macam lempar je etika taknak guna gambar orang suka suki tu, sebab terkejar masa. Terpaksa guna, dan modify. Font pun sama. Sabau je la.
Ketiga, walaupun dikatakan di point kedua kerja designer rumit, kadang kala kena hentam je, sebab terkejar masa. Customer pulak macam-macam ragam. Kadang rasa happy, kadang pening kepala, kadang rasa nak marah. Part terkejar masa tu lah terhasilah design yang so-so. Design ni kadang mata kita rasa buruk, tapi customer suka. Makanya, redho ajelah. Customer setuju kita on. Actually aku meraban je point ni. Masa & customer.
Keempat, gaji designer. Lepas aku masuk industri ni baru aku tau sebenarnya hampir 80 persen graphic designer dapat gaji underpaid dan tak wajar, tapi itulah, sebab passion kadang orang jadi macam takpelaaa. Yelah, dorang tak duduk tempat designer/tak ambil pusing perkara dalam design, mungkin sebab tu rasa graphic design ni macam kacang. Design ni seni juga, perlu masa, perlu idea nak hasilkan, yakni seni juga bertujuan, so design bertujuan la, kenapa ada pilihan warna ni, itu dan ini. Tapi tulah, kadang aku macam LANTAK, sebab nak ikut taste customer dan terkejar masa. Sooooo. Just do it.
Okay, banyak benda terfikir sebenarnya, tapi takleh nak luah dah. Kehilangan kata-kata, ayat-ayat. Hahaha.
Jadi, aku simpulkan, aku suka ja kerja as graphic design dan aku nak belajar macam-macam lagi, cuma bila gaji underpaid ni, aku agak sedih, sebab aku ada target nak capai. Jadi tengoklah macam mana. Semoga yang baik-baik saja dan dipermudahkan urusan olehNya.
Okay. Bai-bai.
P/S: Gagal pasang lagu di blog. Sobsss!
Ulasan
Catat Ulasan